17 January 2012, at 2112 maka genap la usia Elman Rayyan bin Nazry Iskandar 3 tahun. Dah besar anak ibu nih.. cepat je masa berlalu ..Alhamdulillah. Terima kasih Allah s.w.t kerana mengurniakan saya dengan anak yang sangatt comel, bijak dan kesihatan yang baik. Kalau nak diikutkan dengan perkembangan Elman memang banyak sangat kadang-kadang tu saya rasa masa saya kecik-kecik umur dia dulu pun tak tentu saya bijak macam Elman.
Elman Rayyan suka sangat bercakap.. kalau dalam kereta dari rumah nak ke Cili Hijau Reko.. dia punya cakap adalah tak henti.. kalau kat rumah ngan saya pulak bila saya berleter dia pun ikut sama berleter pada saya.. kadang-kadang stress pun ada gak la.. selalu saya cakap pada diri sendiri sabarrrr...
Berat dah tinggi Elman pun makin bertambah.. latest, tinggi ialah 90cm dan berat 13kg.. makan pun dah banyak.
Semoga Elman Rayyan akan menjadi anak yang soleh, bijak bistari dan membesar sebagai juara!
A New World Of Joy
My Love My Life
Tuesday, January 17, 2012
Monday, January 9, 2012
Duit keluar macam air ..
Saya memang diberi tugas untuk membeli barang rumah (barangan dapur especially). Tapi sejak akhir-akhir ni kan..rasa nye duit keluar laju je.. dahtu mesti over bajet.. En huney selalu cakap..awak ni kalo bagi 20 ringgit habis..bagi 50 pun abes, bagi 100 pun abes gak..huhu. dia tak tau yang harga barang skarang ni dah mahal..haishh. Rasanya untuk family kecik saya ni pun 500ringgit perlu untuk beli barang dapur untuk sebulan
Kat bawah rumah saya ni ada Pasaraya Max-Valu.. so boleh dikatakan saya bershopping barang kat sini.. dah kekerapan adalah seminggu 3-4 kali saya shopping kat max-valu ni sebab satunya saya mmg takde masa nak ke pasar dan satu lagi sebab saya jugak jarang pun masak..so kalo nak masak, tengok resepi dan turun lah beli barang kat situ...senang!
Harini saya beli 5ekor ikan kembong dengan harga 9ringgit ..macam mahal pulak rasanya..hmm ke memang harga nye cenggitu?
Lepas ni rasanya saya perlu berbelanja dengan lebih berhemah kot ..emm, camne ek nak berhemah? any tips x? jangan cakap kat saya tulis dulu senarai barangan yang nak dibeli sebab itu selalu saya buat dan tak menjadi!

Thursday, January 5, 2012
Pasta Week ..
Haritu saya mengemas dapur dan terjumpa la dengan pasta mesin yang dah berkurun tak pakai.. beli saja tapi gunanya sekali dua kot pastu simpan terperuk dalam gobok.
Dah bila nampak mesin tu.. teringin lak nak buat pasta sendiri dan actually tak susah pun nak buat.. guna tepung gandum,telur dan sedikit garam je pun tapi part nak menguli tu letih gak la supaya nak pastikan doh tu cantik elok bila dicanai nanti.
First day buat fettucini ..

Proses menguli doh (uli sampai doh tidak melekat di tangan)
Proses mencanai menggunakan mesin pasta (boleh juge kalo nak manual, canai dan potong guna pisau..)
Hasilnya ..fettucini with prego sauce (penat uli, so tak sempat nak buat sos sendiri)
Second day: lasagna (bechamel sauce tu saya amik resepi Mario Batali ..sangat sedap oii)
Third day: mac ini tidak la saya uli sendiri ..guna instant je. Since my little Elman request nak pasta tapi ibunya dah penat nak menguli coz sepetang teman Elman swimming ..so buatkan jugak la mac n cheese. Sempoi je resepi nye tapi Elman suka sangat..hari-hari makan ni pun ok.
Resepi mac n cheese yang mudah, cepat dan sedap:
Bahan-bahan:
Macaroni
Cheddar Cheese
Parmesan Cheese
Sedikit garam (saya guna stock ayam)
Cara-cara:
1.Rebus macaroni dan letakkan sedikit garam atau stock ayam
2. Tapiskan air dan masukkan cheddar cheese dan gaul
3. Last skali taburkan parmesan
emm...tengah dok pikir, harini nak masak pasta apa lak ye ..
Labels:
cooking
Wednesday, January 4, 2012
Pot pet ..
Dulu saya pernah berblog tentang Elman yang masih belum boleh buat ayat bila bercakap kan. Nah skarang ni berayat-ayat pulak yang keluar ..macam-macam ayat yang dia sampaikan penat lak ayah n ibu dia nak layan. Contohnya:
Bila saya pegi jauh je dari dia... dia akan cakap, ibu come back ibu..
Bila tanya nak pegi mana.. dia akan cakap, emmm..nak gi nama(1 utama) pakson beli hot wheels..
Bila naik swing atau basikal..dia cakap ibu push fast
Bila lapar dia akan cakap.. ibu lapar, nak makan nasik dengan ciken
lepas menguap dia akan cakap uhh ngantuk ..haha
Kalo vocab tu jangan cakap la..
Ada jugak perkataan yang saya rasa kitorang tak pernah sebut atau ajar tapi dia boleh cakap.. macam stomp cockroach sambil kaki pijak2 (saya tengok dictionary nak tau apa itu stomp..huhu)
pandai jugak mintak .. nak nasik koson, air sejuk, honeystar, cake dan paling penting ais krim mat kool ataupun ais krim parrot (ais krim nestle yg ada gambar burung kat pembalut) saya pada mulanya pun tak tahu.. asik cakap nak ais krim parrot.. pegi kat peti ais krim tu dia tunjuk ais krim parrot..huhu
iPad dah master, bukan takat main games je.. youtube pun jugak dan actually dia banyak belajar dengan iPad ni selain dari tv dan jugak suka menyanyi ..dia dengar 2-3 kali cukup la ..pastu dia akan mula ikut lagu tu. Insyaallah by Maher Zain dengan Muhammad Nabina dia dah terrer oii ..huhu

Elman Rayyan
Sunday, January 1, 2012
Kerepek Nga-ku ..
Nga-ku atau arrowhead china ni macam sengkuang + ubi kayu kot. Saya pun baru je berjinak-jinak dengan nga-ku ni.. Tengok kat max-valu dia ada provide resepi untuk buat kerepek nga-ku ..saya pun beli la dalam 6-7biji nak try ..harganya pun murah. harga sekilo pun dalam RM3 je. Dah beli pastu saya try la buat.. sedapp oii (sadappp kata Elman..) lagi sedap dari potato chips..huhu.
Orang melayu jarang makan buah ni..yang slalu saya nampak orang cina.. aritu ada apek tu satu troli dia borong nga-ku kat econsave ..dan buah ni memang musimnya dekat ngan raya cina.
hasilnya ...
p/s: mesti cuba, beli skarang sebelum tamat musim!
Labels:
cooking
Wednesday, December 28, 2011
Umrah Family April 2011 ..
Pada 11 April 2011 lalu, saya satu family ..abah,mama,4 org adik saya,Mr. Huney and little Elman berangkat mengerjakan umrah. Kitorang guna pakej dari De Mawardah Travel & Tours Sdn Bhd dengan menaiki Garuda Airlines...
Alhamdulillah walaupun transit agak lama (pergi dan balik) di Jakarta, lebih kurang 8 jam +- tapi semuanya lancar. Ketika transit pun kitorang diberi lounge utk lepak2 including unlimited foods.
Umrah ini adalah yang pertama kali bagi saya, pada mulanya risau jugak la sebab dah la first time, dah tu bawak budak kecik lagi.. dalam hati asyik berdoa semoga dipermudahkan. Dan memang Allah permudahkan semuanya ..Elman sangat behave except 2-3 hari sebelum balik coz dia demam tapi still dalam mood yang baik.
Kitorang tiba di Jeddah kemudian berangkat ke Madinah selama 3 hari.. dan saya sempat jugak la masuk ke kawasan raudah. Ya Allah, ramainya umat ..untuk masuk ke raudah, jemaah dibahagi-bahagikan mengikut kumpulan negara (spt; malaysia,indonesia,brunei -satu kumpulan, negara arab satu kumpulan). Walaupun diasing-asingkan ..tapi tetap jugak berebut... nak masuk satu hal bertolak-tolak.. dah masuk pun masih tolak-menolak lagi ..nak solat pun tak kusyuk. Alhamdulillah, sempat jugak bersolat dan berdoa walaupun sekejap. Elman saya tak bawak, tinggalkan bersama Mr.Huney.
Di Madinah sempat jugak la dibawak menziarah ke Bukit Uhud dan Pasar Kurma serta Kilang Mencetak Al-Quran (sayangnya kaum perempuan tak dibenarkan masuk untuk melihat proses mencetak hanya lelaki).

Elman bersama main sponsor aka my abah

Rutin setiap kali masuk Masjid Nabawi ..mesti nak minum air zam-zam dulu
with Asu
Menunggu ibu sedang bershopping
Us ..
After 1st time umrah
Sa'ie untuk umrah kali ke-2
Selepas 3 hari di Madinah, kitorang berangkat ke Makkah menaiki bas. Kitorang sampai di Makkah malam Jumaat. Setelah check-in hotel..rehat sekejap pastu kitorang pun berangkatlah ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah.. orang time tu pun tak berapa ramai. First time tengok Kaabah live depan mata ..Ya Allah kagum rasa diri kecil sangat, terharu, sedih, gembira.. macam-macam rasa dalam hati.
Yang saya risaukan adalah Elman, takut dia tak selesa..cranky.. yela sebab bawak dia dengan berdukung (bergilir dengan Mr.Huney) tapi Alhamdulillah.. Elman sangat baik ketika itu. Sepanjang mengerjakan tawaf dia diam sambil asyik pandang kaabah. Masa sa'ie pun sama, Elman ikut jugak berlari sambil kejap-kejap suruh ayah dukung ..Kitorang habis mengerjakan umrah lebih kurang kol 4 pagi. Tapi tengok la gambar bawah ni..kol 3-4 pagi pun masih ramai orang lalu lalang sekitar Masjidil Haram ni.

Umrah untuk kali kedua kitorang dah beli stroller kat Bin Laden. Nasib baik 100rial je harga. Tapikan nak bawak masuk stroller ke dalam masjid pun kena ikut nasib jugak, kalo time pak guard baik hati dia kasi masuk.. kalo tak, kena tinggalkan kat luar. Umrah kali kedua kitorang buat hampir waktu zohor.. kiranya tawaf di tengah hari rembang. Alhamdulillah Elman pun ok je.
Di Muzium Makkah
Setelah 14 hari, maka kitorang pun berangkat pulang ke Malaysia tanah airku. Alhamdulillah semuanya lancar dan saya berdoa agar dimurahkan rezeki supaya boleh menjejak kaki lagi ke bumi yang penuh barakah Makkah dan Madinah itu.
Tuesday, December 27, 2011
Susu ..
Elman going to be 3 years next month.
Masalahnya.. dia still taknak lepaskan nenen especially time nak tidu ..dah jenuh cara + petua saya buat tapi masih tak berjaya ..mesti nak cari nenen jugak sampai menangis meraung-raung macam kena dera.
Susu pun dah macam macam brand yang saya try ..dari mahal ke murah semua dah cuba ..dari ada perisa sampai ke less sugar ..semua dia takmo.huh. bukan saya nak menidakkan rezeki Elman, tapi saya rasa dia dah cukup besar untuk stop brestfeeding ..hampir 3 tahun tu asik melekat je ..ngan saya sendiri pun stress (nak makan jamu kuruskan badan pun tak boleh takut nanti panas..huhu).

Sekarang saya cuba yang ini.. itu pun jenuh nak paksa. Boleh la jugak dia minum sket-sket. Sekotak ambik masa 2 hari nak abes. Ok la tu dari takde langsung.
Tapikan dia sangat suka dengan Anlene Concentrate yang saya minum. Conpius lak coz kalo ikutkan dia tak suka susu perisa original. Adakah rasa susu ni sama cam breastmilk? Ok ke tak ek kalo toddler minu susu Anlene tu? Susu tu sekotak kejap je dia abes kan. Malam ni saja dah 2 kotak Elman minum ...hemm

Subscribe to:
Posts (Atom)